Wednesday, February 18, 2009

MASALAH KEMAHIRAN LISAN DI KALANGAN MURID

Secara umunya, kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) mengalami masalah lisan, tetapi yang membezakannya adalah tahap kecacatan mereka. Antara masalah lisan utama yang dihadapi oleh KKBP ialah:
i. Pengguguran- menggugurkan huruf dalam sesuatu perkataan. Contohnya, ‘laci’ disebut ‘aci’.
ii. Penambahan- menambahkan huruf dalam perkataan. Contohnya, ‘pensel’ menjadi ‘penseli’.
iii. Penggantian- menggantikan huruf konsonan dalam sesuatu perkataan dengan huruf konsanan lain. Contohnya, ‘belalang’ kepada ‘berarang’.
iv. Sengau- pengeluaran udara melalui nasal yang disebabkan oleh sumbing atau keabnormalan alat artikulasi sehingga menjejaskan mutu bunyi yang dihasilkan.
v. Gagap- pengulangan suku kata awal atau huruf awal dalam perkataan tanpa kawalan. Contohnya, ‘meja’ kepada ‘me-me-me-meja’. Masalah ini disebabkan oleh masalah fungi otak.
vi. Akolalia- masalah yang biasanya dialami oleh kanak-kanak Down Syndrome, iaitu mengulangi perkataan yang sama secara berulang-ulang. Contohnya, ‘makan-makan-makan-makan-makan-makan.’
vii. Masalah intonasi suara- menggunakan intonasi yang salah pada masa, keadaan dan tempatnya. Contohnya, suara garau, serak, kecil dan pecah.
viii. Perbendaharaan kata yang sedikit- disebabkan oleh tiada pendedahan awal di kalangan ahli keluarga.
ix. Enggan bercakap-tiada keyakinan diri untuk mengeluarkan bahasa kerana mempunyai sejarah silam yang merendahkan motivasi diri.

2 comments: